Gambar sekitar KPJ Penang

Selasa, Mac 30, 2010

Read more...

Ranking Jualan Cawangan Zon Utara bagi bulan Mac 2010 *(1 - 29)

Isnin, Mac 29, 2010

  1. SG.PETANI
  2. SHAHAB PERDANA
  3. KEPALA BATAS
  4. PULAU PINANG
  5. ALOR STAR,TANDOP
  6. KULIM
  7. BUKIT MERTAJAM
  8. JITRA
  9. BANDAR LAGUNA
  10. SEBERANG JAYA
  11. BALING
  12. LANGKAWI
  13. PENDANG
  14. SIK
  15. SEBERANG PRAI
  16. KANGAR
  17. ARAU
  18. GUAR CHEMPEDAK
  19. KANGAR 2
  20. KOTA SARANG SEMUT
  21. BALIK PULAU
  22. CHANGLUN
  23. MERBOK
  24. POKOK SENA
  25. PADANG BESAR
  26. KUALA NERANG
  27. GERIK
  28. SIMPANG AMPAT, PENANG
  29. SIMPANG EMPAT, PERLIS
  30. PENGKALAN HULU
  31. KUALA KEDAH
  32. BESERI
  33. JEJAWI (MADI)
  34. KIOSK KUALA NERANG
  35. HALAL MART LAGENDA HEIGHT
*Kumulatif jualan dari 1hb hingga 29hb
Klik disini untuk download Memo Tingkatkan Jualan Bulan Mac

Read more...

CERAMAH PERDANA PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ahad, Mac 28, 2010

CERAMAH PERDANA OLEH UST MOHAMAD IBRAHIM (UST MAT CINA)

Tempat : Sek. Agama Khairiah, Jalan Kuala Nerang-Pedu
Tarikh : 29hb Mac 2010
Masa : 9.00 mlm
Tajuk : "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Read more...

PELANCARAN MELAKA HALAL HUB DAN KONSERT HPA RAIHAN

Sabtu, Mac 27, 2010


Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan.

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.

Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.

Tetamu Kehormat :
1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
2. YB Ir. Hj. Ismail bin Othman
3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.

Semua ahli dijemput hadir beramai-ramai.

Read more...

HPA-Raihan di Konsert Jom Heboh, Kota Bharu

Jumaat, Mac 26, 2010

SUNGAI PETANI 26 Mac - Kumpulan nasyid popular HPA-Raihan akan mengadakan persembahan nasyid di Konsert Karnival Jom Heboh Kota Bharu,Kelantan jam 9 mlm esok, secara langsung di TV3.

Mereka juga akan berada di destinasi berikut :

9.00 AM - 11.00 AM : Kelantan FM
12.00 PM - 2.00 PM : Restoran Nasi Ulam Cikgu
3.00 PM - 4.00 PM : CD Outlet KB Mall
5.30 PM - 6.30 PM : Stokis HPA (Kak Nor)

Read more...

IKLAN JAWATAN KOSONG DI MANHAL-HPA

MAAHAD AL-IHSANIAH / MANHAL-HPA

PENSYARAH SEPENUH MASA ( 2 Kekosongan)
  1. Terbuka kepada lelaki/ wanita Islam
  2. Mempunyai kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda Usuluddin atau bidang berkaitan yang diiktiraf
  3. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan digalakkan memohon.

GURU AKADEMIK ( 2 Kekosongan )/SEPENUH MASA/SAMBILAN
  1. Terbuka kepada lelaki/ wanita Islam
  2. Mempunyai kelayakan minimum Diploma atau yang setaraf dengannya.
  3. Bidang pengajaran difokuskan kepada subjek Bahasa Malaysia, Sejarah Sains, Matematik dan B.Inggeris.

Kepada yang berminat sila hubungi Pejabat Pengurusan
MANHAL – HPA Sungai Petani :

Tel: 04-4419094
Ust. Abu Hassan : 013 – 2395415
En Mat Hashim Halim : 016-4167035

Read more...

TAWARAN HEBAT DARI KOWAHIDA

Khamis, Mac 25, 2010

Blackberry Bold 9700 merupakan sebuah telefon bimbit pintar yang didatangkan dengan sokongan 3G, WiFi dan didatangkan dengan skrin HVGA, dan papan kunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel dengan kebolehan auto-fokus, serta slot memori mikroSD.


SYARAT KELAYAKAN

• Anggota Koperasi Wahida HPA Bhd.
• Pengedar bertauliah Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.
• Kakitangan Kumpulan Syarikat HPA.
• Gaji/Bonus bulanan min RM 1,000 bagi 3 bulan berturut-turut

BERMINAT!

Hubungi kami dan sertakan bersama:
 Salinan Kad Pengenalan
 Pengesahan Kakitangan Syarikat HPA
 Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan hubungi En. Mohd Naim di talian 012-4944778/ 04-9773813/
04-9773814 atau emel kepada kowahida@yahoo.com

Read more...

Watikah Pelantikan Pensyarah/Jurulatih Kuliyah ITHPA

Selasa, Mac 23, 2010

SUNGAI PETANI 23 MAC - Pagi ini berlangsung pelantikan Watikah Perlantikan Pensyarah/Jurulatih Kulliyah-Kulliyah ITHPA. Di Dewan ROR Bdr Ilmu HPA Sungai Petani.

31 Orang akan menerima watikah antaranya:

1.Tn Hj Ismail Bin Hj. Ahmad - PU HPA - Dekan Pengajian Pengubatan Islam/Herba
2.Ust Ahmad Ali,Pengerusi Panel Syariah - Dekan Pengajian Islam.
3.En.Abdul Ghani Bin Hussain - GM R&D - Dekan Kemahiran & Keusahawan

Pengajian islam seramai 9 orang, Kemahiran dan Keusahawan seramai 18 orang, Perubatan Herba 5 Orang

Manakala antara pensyarah diberi watikah Semua GM HPA: Hj.Fisal, Pn.Rashidah, En Faisol, En Rosli, En Radzi dan Ust Adnan

Sumber dari http://jawiherbshop.blogspot.com/

Read more...

KURSUS PEMBETULAN TULANG BELAKANG

Isnin, Mac 22, 2010


Download Borang Penyertaan

Read more...

BELAJAR SENYUM DAN MEMBERI SALAM

Inilah dua perkara yang diajar sejak kecil. Kalau kita menangis, merajuk or masam muka sudah pasti ibu dan ayah kita akan memujuk untuk kembali senyum. Kalau kita berjumpa dengan sesiapa pun kita di wajib memberi salam. Dua perkara ini adalah asas utama dalam menjalin hubungan sesama manusia. Namun adakalanya kita merasakan ini sudah tidak penting lagi dan tidak memberikan apa-apa makna. Senyum dan salam adalah penghubung manusia. Cuba kita cermin wajah kita setiap hari sebelum kerja... senyum kah kita...cuba kita hitung pada hari ini kepada siapa yang kita berikan salam atau kita mengharapkan orang lain memberi salam.

Read more...

MEMO : MELEKATKAN POSTER RAIHAN TERBARU DI CAWANGAN

Ahad, Mac 21, 2010

Download memo di sini

Read more...

KURSUS REFLEKSOLOGI (ADVANCE)

Program : KURSUS REFLEKSOLOGI (ADVANCE)
Penyertaan : TERBUKA UNTUK ALUMNI HERBALIS PERUBATAN JAWI
(Bagi mereka yang pernah mengikuti bengkel/kursus asas Refleksologi HPA dialu-alukan untuk turut serta)

Penceramah : HERBALIS NORHISHAM RABAT (Alumni Herbalis-10)
Tarikh : 10 APRIL 2010 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : BILIK KULIAH PUSAT PERUBATAN JAWI NURUSSYIFAK KULIM
(3259 A, LORONG SELASIH 2A/1, TAMAN SELASIH, 09000 KULIM)
Yuran : RM 70.00 (Untuk Ahli HPA)

Berminat untuk menyertai ?
SILA DAFTAR DI SINI : KLIK

Read more...

MEMO PRODUK TERBARU - ALBUM RAIHAN

Jumaat, Mac 19, 2010


Read more...

KPU GEMPUR IPGKSAH, SUNGAI PETANI

10 Mac 2010 (Rabu) - Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani dan Taiping telah bergabung menggempur Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh guru - guru pelatih dari institut itu sendiri yang terdiri dari ahli - ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri Ahmad.

Ahli HPA di bawah rangakaian PJS Cikgu Nadzri, iaitu Ustaz Zakir Bin Mohd. Amin merupakan Yang Di Pertua (YDP) Majlis Persatuan Guru Pelatih di IPGKSAH. Beliau bersama - sama sahabat yang lain telah menjemput pemimpin - pemimpin dari Sungai Petani dan Taiping untuk mengadakan program ceramah bertajuk HPA dan Isu Pemakanan Hari Ini.

Read more...

Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub

Read more...

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN CAWANGAN

Khamis, Mac 18, 2010



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Operasi Zon Utara akan mengadakan "Kursus Pemantapan Pengurusan Cawangan" yang melibatkan semua pengurus-pengurus cawangan di bawah Zon Utara. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan pengurusan diperingkat cawangan bagi melaporkan aktiviti-aktiviti jualan harian kepada pihak pengurusan.

Oleh yang demikian, kursus ini akan berlangsung pada 30hb Mac 2010 bertempat di Dewan Kuliah Perubatan Jawi (diatas ROR, sebelah Hotel El-Zahraa) Lagenda Height, Sungai Petani Kedah. Surat pekeliling akan dikeluarkan ke semua cawangan untuk diambil perhatian. Sekian dimaklumkan.

Pihak Pengurusan Zon Utara

Read more...

HPA RAIHAN DI RTM 1

Saksikan HPA Raihan di selamat pagi malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan.

Hebahkan…Produk Halal Tanggungjawab Bersama. jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawatheraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara

Read more...

TAHNIAH HPA-RAIHAN

Rabu, Mac 17, 2010

KUALA LUMPUR 17 Mac - Alhamdulillah... akhirnya Raihan dengan kerjasama HPA, telah berjaya menerbitkan mini album terbaru. Mini album ini yang bertajuk "Musafir Pejuangan" menampilkan dua buah lagu iaitu "Musafir Kelana" dan "Allah is Calling".

Pelancaran Produk Aroma Terapi telah dilakukan dengan jayanya oleh Pengarah Urusan HPA. Turut hadir Pengarah Urusan 2, Tn Hj Fisal Tajudin, GM Awm En Mohamad Faisol Rahman , GM Pn Rasidah, Tn Ghani PJS Hafidzan Faudzi PJS Jamaluddin Yeop Majlis Dan Ramai Lagi.

Tahniah HPA yang merupakan produk gergasi halal malaysia menerbitkan mini album RAIHAN.

Read more...

Read more...

Gambar contoh Vest untuk Eksekutif cawangan di Zon Utara

Selasa, Mac 16, 2010

Read more...

PERASMIAN ALBUM BARU HPA RAIHAN

Isnin, Mac 15, 2010

Tarikh : 17hb March 2010 (Rabu)

Jam : 8.00 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Kerusi terhad :700 orang ( dalam Ballroom).Lcd disediakan di luar ballroom

Antaranya :
Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya.



Read more...

PESERTA HERBALIS MENINGGAL DUNIA

Jumaat, Mac 12, 2010

SUNGAI PETANI 12 Mac - Seorang peserta Herbalis ke 18 telah meninggal dunia di Dewan cawangan sungai petani semalam. Jenazah dihantar ke Hospital untuk bedah siasat punca kematian.

Read more...

HPA RAIHAN DI MHI TV3

KUALA LUMPUR 12hb March - Kumpulan Nasyid terkenal HPA Raihan telah mempromosikan Album Baru ” Musafir Perjuangan” dan “Selawatherapi” serta Produk aromi terapi RAIHAN di MHI TV3. Disamping siaran itu juga HPA juga menaja makan pagi krew MHI TV3.Insyallah pada 17hb March 2010, produk terbaru mereka akan dilancarkan oleh Pengarah Urusan HPA.

Read more...

GEMPUR SIJIL HERBALIS KE 18

Rabu, Mac 10, 2010

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ILAHI di atas keberkatan perniagaan HALAL TOYYIBAN ini yang semakin mendapat perhatian pengguna Muslim mahupun Non Muslim.

Kepada semua Alumni Herbalis KPJ,pada 11 Mac kita akan menerima kehadiran 62 orang lagi ahli keluarga baru yang akan mempelajari Perubatan Jawi berasaskan Perubatan Thibbun Nabawi di dalam Sijil Herbalis ke 18. Peserta kita kali ini terdiri daripada doktor Perubatan,Imam Besar Masjid Yala, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta,pelajar Universiti,Da'i Nuu War(Irian Jaya) dan ramai lagi.

Read more...

PBC TAIPING MAC 2010

Selasa, Mac 09, 2010

Read more...

KEMBARA HERBA BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA

Isnin, Mac 08, 2010

Kembara Herba Ke Gunung Jerai. Penginapan di Dewan Umar Mukhtar (atas RFC Legenda Hights) .

21hb March 2010

08.00 Pagi – Daftar Dewan Umar Mukhtar(RFC Lagenda Hights)
10.00 Pagi – Menaiki Gunung Jerai
06.00 Petang – Pulang ke Dewan Umar Mukhtar
08.00 Malam – Kuliah Herba oleh Pengarah Urusan HPA
22hb Marh 2010
8.00 pagi – 5.00ptg – Kuliah Jawi Medical Herb bersama Pengarah Urusan HPA

Daftar segera ahli Kelab Kembara Radix Cuma RM100.00. +60139299944
Kepada ahli kembara sila beri nama kepada saya segera

Read more...

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI HPA

Ahad, Mac 07, 2010

Dimaklumkan bahawa Dewan HPA Amanjaya akan digunakan untuk Kursus Sijil Herbalis pada 11-31 MAC 2010. Oleh yang demikian, semua Kelas Mingguan akan berpindah ke Dewan Umar Mukhtar (RFC) Legenda Height. Bayaran dewan ditanggung oleh Al-Wahida Marketing.

Harap Maklum.

Read more...

Jenazah Muhammad Khairi Ismail dijumpai 2km dari tempat kejadian

Sabtu, Mac 06, 2010

6hb Marc 2010: Pada jam 5.30 tadi jenazah Muhammad Khairi b.Ismail dijumpai 3km dari tempat kejadian.Dijumpai oleh staf HPA Zon Timur yang turut membantu mencari. Muhammad Khairi putera ke 4 AGM Zon Timur En.Ismail Omar telah didapati hilang bawah arus deras Sg. Kubur Dala, Kuala Kerai Kelantan pada 6.00 ptg semalam.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Kuala Krai pada jam 6.00 petang dan telah dimandi dan kapan dihospital iu juga. Pada lebih kurang Jam 10.00 malam mayat akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Bandar Kuala Krai Kelantan
.

Read more...

Salam Takziah Buat AGM En. Ismail Omar

Salam Takziah dari Staf Pejabat Operasi Zon Utara buat AGM En. Ismail Omar (Pengurus Zon Timur) di atas musibah yang menimpa anak beliau yang lemas di Sungai Kuala Kerai,Kelantan. Moga Allah Swt mengampuni dan mencucuri rahmat kepada roh nya. Mayat Allahyarham Khairi b. Ismail telah pun dijumpai petang tadi. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Isyak. AL FATIHAH...

Read more...

KURSUS BEKAM DAN PEMANTAPAN PBC DI HPA KANGAR

Khamis, Mac 04, 2010

Kursus Bekam dan Pemantapan PBC akan diadakan pada 07 MAC 2010 (Ahad), bermula jam 8.30 pagi di HPA Kangar (Taman Sena). Mereka yang berminat untuk hadir Kursus Bekam dikenakan bayaran sebanyak RM200 (termasuk alatan bekam).

Pada sebelah malamnya (9.00 - 11.00 malam) akan diadakan Program Pemantapan PBC secara percuma kepada semua ahli HPA yang berhampiran. Hadirlah beramai-ramai bersama rangkaian anda.
Kepada yang berminat, sila hubungi PJS Azizan Ahmad di talian 019-4715917 atau PJS Zaharah Mat Zain di talian 013-4893699.

Read more...

SIMPOSIUM MAHASISWA ISLAM WILAYAH UTARA

Rabu, Mac 03, 2010

SIMURA'10 adalah sebuah simposium yang menjadi medium utama mahasiswa Malaysia khususnya di Utara semenanjung berkumpul bagi membincangkan halatuju dan peranan mahasiswa di era yang penuh mencabar ini. Mereka ada didedahkan akan kepentingan berdikari disamping mencipta idea dalam usaha memainkan peranan selaku pelapis kepimpinan negara.

Read more...

Majlis Perjumpaan Staf di Sungai Petani

Perjumpaan Staf HPA, di Bdr HPA Sg Petani, telah diadakan pada 3hb March 2010. Majlis bermula jam 3.00 dengan bacaan Al-Quran oleh Sdra. Naim Abdul Halim, Tazkirah oleh Ust Ahmad Ali Bin Alia(Pengerusi Panel Syariah HPA) dan ucapan Penuh semangat Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Hj.Ahmad. PU HPA juga telah memberi anugerah kenaikkan gaji tahunan kepada staf yang layak.

Read more...

Pertandingan Gubahan Sachet Kopi Radix

Selasa, Mac 02, 2010

HPA kini menganjurkan pertandingan gubahan kraf tangan menggunakan sachet kopi radix diperingkat zon-zon . Mereka yang berminat bolehlah menghantar gubahan mereka di mana-mana cawangan HPA yang terdekat. Bagi pemenang akan menerima wang tunai rm300(pertama),200(kedua) dan 100 (ketiga) sementara rm50 untuk hadiah saguhati(10 orang).

Pertandingan ini memberi peluang kepada ahli-ahli HPA terutama wanita untuk menampilkan bakat melalui hobi yang mereka minati. Penghantaran gubahan mestilah tidak lewat dari akhir bulan ini. Hadiah ini akan dikeluarkan mengikut zon-zon kepada ahli di bawah negeri kendalian masing-masing.

Borang penyertaan boleh didownload di sini <<DOWNLOAD>>

Read more...

Kembara Radix ke Pulau Jerjak

Read more...

Pengikut

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox