ANAK PJS MOHD. NADZRI AHMAD DAN PJS NOORMAH ZAINOL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Rabu, November 10, 2010

10 November 2010 (Rabu) - Anak PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol yang ke - 9 daripada 10 orang adik beradik, Muhammad Adi Aqwa Bin Mohd. Nadzri yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi akibat terlibat dengan kemalangan motosikal yang dipandu olehnya semasa beliau ingin menuju ke sekolah. Akibat rempuhan kuat dikepala beliau rebah dan meninggal di tempat kejadian.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Petani sebelum dibawa balik ke rumah keluarganya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 1.30 petang, jenazah beliau telah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Al Barokah di Tikam Batu untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Pejabat Operasi Zon Utara (AWM) mengucapkan takziah kepada keluarga PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol atas kehilangan anak mereka yang dikasihi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa taala. AL FATIHAH.

Read more...

MAKLUMAN PERTUKARAN JAWATAN PEJABAT OPERASI ZON UTARA

Ahad, November 07, 2010

MEMO

Merujuk perkara diatas.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan jawatan yang berlaku di dalam carta organisasi Pejabat Operasi Zon Utara. Perubahan jawatan tersebut ialah:

Mohd Yushairi Mohamed Yusof         - Pegawai Operasi
Wan Hasri Wan Hassan                      - Pegawai Audit Dalaman 2
Noor Haniza Bt Ahmad                      - Pegawai Pentadbiran
Nurul Farah Bt. Azmi                         - Pemantau Stok
Hasnul Balkhis Bt. Ahmad                 - Pembantu Pentadbiran & Sumber Manusia
Siti Yusnani Bt. Md Yusof                 - Pembantu Akaun

Pertukaran jawatan tersebut berkuatkuasa 01 November 2010. Oleh yang demikian segala urusan yang berkaitan perlulah merujuk kepada pegawai masing-masing.

Sekian. Harap maklum.


BAHAGIAN PENTADBIRAN
PEJABAT OPERASI ZON UTARA

Read more...

MEMO : PRODUK BARU

Khamis, November 04, 2010


 MEMO
  
MAKLUMAN PRODUK BARU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru bagi semenanjung sahaja mulai sekarang. Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:-

KOD

 NAMA PRODUK

 NM

 HARGA         PENGEDAR
S/M
 HARGA
PENGGUNA
S/M
 HARGA
PENGEDAR
S/S
 HARGA PENGGUNA
S/S
MJ26
 MAJALAH IKON

5

20.00
22.00
22.00
24.00
MJ27
 PERFUME AKHIL HAYY
5
27.00
29.90

-

QH25
SYAMPU WAHIDA 300ml

2
9.50
11.00
11.00
12.50

Sekian, harap maklum.

Read more...

Pengikut

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox