Taklimat Penerangan Dew Water Filter

Ahad, Jun 13, 2010

MEMO

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman semua Eksekutif Cawangan, Pejabat Operasi Zon Utara akan mengadakan Taklimat Penerangan Dew Water Filter pada 15 JUN 2010 ( SELASA ). Oleh itu pihak Operasi Zon Utara berharap setiap Cawangan, Kiosk dan HPA Halal Mart di Wajibkan menghantar seorang atau dua wakil bagi mengikuti taklimat kali ini. Taklimat ini adalah berkenaan pemahaman yang lebih jelas tentang teknikal serta cara pemasangan dan terutamanya penyelesaian masalah selepas jualan yang mungkin ada sepanjang penjualan produk berkenaan.

Maklumat adalah seperti berikut : .

Nama Kursus : Taklimat Penerangan Dew Water Filter
Tempat : Dewan Cawangan Sg. Petani
Tarikh/Hari : 15 JUN 2010 ( Selasa )
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Segala perhatian dan kerjasama daripada anda amatlah diharapkan serta didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox