LAMBAKAN PRODUK DAN AYAM ROSAK
Rabu, Oktober 20, 2010
KEPADA:
SEMUA PENGURUS ZON
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah  dimaklumkan semua Pengurus Zon adalah diarahkan untuk memastikan tidak  berlaku lambakan produk sehingga produk tersebut tamat tempoh  penggunaannya(expired). Pengurus zon juga adalah diarahkan untuk  memastikan stok ayam dalam simpanan tidak rosak.
Sekiranya  didapati terdapat lambakan produk berlaku sehingga tamat tempoh  penggunaannya serta terdapat ayam yang rosak dalam simpanan, staf akan  diarahkan untuk membayar balik kos tersebut secara tunai ataupun secara  potongan gaji.
Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian,harap maklum.
 
 

 
 

0 ulasan:
Catat Ulasan