LAMBAKAN PRODUK DAN AYAM ROSAK

Rabu, Oktober 20, 2010

KEPADA:

SEMUA PENGURUS ZON
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan semua Pengurus Zon adalah diarahkan untuk memastikan tidak berlaku lambakan produk sehingga produk tersebut tamat tempoh penggunaannya(expired). Pengurus zon juga adalah diarahkan untuk memastikan stok ayam dalam simpanan tidak rosak.

Sekiranya didapati terdapat lambakan produk berlaku sehingga tamat tempoh penggunaannya serta terdapat ayam yang rosak dalam simpanan, staf akan diarahkan untuk membayar balik kos tersebut secara tunai ataupun secara potongan gaji.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,harap maklum.

Read more...

PESTA KONVOKESYEN INSANIAH & KARNIVAL MAHABBAH

Ahad, Oktober 17, 2010

HPA INDUSTRIES SDN. BHD. adalah Penaja Bersama bagi Karnival Mahabbah IKIM.fm bersempena Pesta Konvokesyen Insaniah yang ke- 12.Klik link ini untuk mendapatkan tentatif program sepanjang Karnival ini berlangsung dari 18- 20 Oktober 2010.‌

Read more...

Kowahida dapat Anugerah Koperasi Berkualiti Peringkat Negeri Perlis

Rabu, Oktober 13, 2010

ANUGERAH:- pada 10 Oktober 2010 yang lalu Koperasi Wahida telah mendapat Anugerah Koperasi Berkualiti Peringkat Negeri Perlis dalam Majlis Sambutan Koperasi Bersama Rakyat Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Dewan Rancangan Felcra Lubuk Sireh.

Anugerah tersebut disampaikan oleh YAB Dato’Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis kepada wakil Koperasi Wahida, iaitu Haji Azizan Ahmad (Setiausaha Koperasi Wahida HPA Berhad).

Read more...

Pengikut

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox