SEMARAKKAN PRA PBC DI SEMUA KOMUNITI

Selasa, Jun 29, 2010

Tribunal KPU yang bermesyuarat pada 24 JUN 2010 (Khamis) telah mengambil ketetapan terhadap Program Pra PBC seperti berikut :

  1. Peserta Pra PBC TIDAK PERLU membuat belian PERIBADI/INVOIS sebanyak 100NM ketika mendaftar. Mereka boleh membuat belian 100NM sama ada pada bulan hadir Pra PBC atau bulan berikutnya.
  2. Semua KOMUNITI KPU boleh menganjurkan Pra PBC mengikut kemampuan masing-masing.
  3. Syarat peserta Pra PBC ialah minima 25 orang.
  4. Yuran yang dikenakan maksima RM30 seorang dan seboleh-bolehnya diadakan di cawangan.
  5. Pengerusi KOMUNITI mempunyai kuasa penuh untuk menentukan penceramah dan tarikh Pra PBC dengan mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasanya. Penasihat boleh memberi pandangan sekiranya diminta berbuat demikian.
  6. Setiap Pra PBC yang hendak dianjurkan perlu dimaklumkan kepada Setiausaha Tribunal untuk dipanjangkan kepada HQ.
  7. Setiap Pra PBC perlu mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan, antaranya :
7.1. Peserta mestilah belum berpangkat (Pengedar Bertauliah)
7.2. Mesti berumur 18 Tahun ke atas.
7.3. Tidak boleh ganti peserta.
6.4. Mesti hadir sepenuhnya Pra PBC (satu hari).

Sekian untuk makluman

Read more...

PRA PBC TAIPING

Isnin, Jun 28, 2010

KAMUNTING 27 JUN - Seramai 20 org peserta telah hadir didalam program Pra-Pbc Taiping yang dianjurkan oleh KPU dengan kerjasama Kelab Pemimpin Perak Utara. Penceramah Pra Pbc kali ini disampaikan ialah PJS Cikgu Nadzri dengan topik Kenali HPA dan Penggunaan produk manakala beristeri beliau PJS Normah dengan tajuk rawatan penyakit. PJS Cikgu Ismail Othman pula menyampaikan tajuk Pelan pemasaran. Turut hadir didalam program tersebut ialah PJ Mohd Yusfee selaku Pengerusi majlis, PJ Irwan, PJS Hasnah serta ramai lg.

Read more...

Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010

Jumaat, Jun 25, 2010

23 - 27 JUN 2010
Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010 sedang berlangsung di MATRADE Exhibition & Convention Center (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur. HPA Industries Sdn. Bhd dengan kerjasama Melaka Halal Hub bergabung tenaga dengan menyertai dalam pameran Halal terbesar dirantau asia ini. Booth HPA Melaka Halal Hub terletak di Dewan G, (Berhampiran Pintu Gerbang MECC), bernombor 153 & 154 telah menarik perhatian ramai pengunjung sama ada di dalam mahupun luar Negara. Pameran ini berlangsung selama seminggu dari 23 hingga 27 Jun 2010. Majlis Perasmian MIHAS 2010 dan Perasmian World Halal Research 2010 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Setelah selesai majlis tersebut, YAB Perdana Menteri melawat ke Booth - Booth pameran MIHAS 2010 yang turut disertai Kakitangan kerajaan yang lain.

Read more...

BERITA TV3 - MAJLIS PERASMIAN HALAL HUB MELAKA

Read more...

KULIAH PERUBATAN JAWI PERLIS

Isnin, Jun 21, 2010

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) Perlis akan diadakan di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Perlis pada 22 Jun 2010 (Selasa) jam 8.30 malam. Penceramah jemputan kali ini akan disampaikan oleh PJM Cikgu Morad. Semua ahli dan leader HPA sekitar Perlis dijemput hadir bagi memeriahkan acara. Sekian Wassalam.

Read more...

KULIAH PERUBATAN JAWI PENANG

Ahad, Jun 20, 2010

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) Penang akan diadakan di Dewan Cawangan Bayan Baru, Pulau Pinang pada 21 Jun 2010 (Isnin) jam 8.30 malam. Penceramah jemputan kali ini akan disampaikan oleh PJM Cikgu Morad. Semua ahli dan leader HPA sekitar Penang dijemput hadir bagi memeriahkan acara. Sekian Wassalam.

Read more...

MAJLIS PELANCARAN MELAKA HALAL HUB

Read more...

Sekitar pameran Agrobank Business Carnival

Read more...

PENGUMUMAN KENAIKAN HARGA PENGEDAR KOPI RADIX

Rabu, Jun 16, 2010

Salam semua warga HPA

Pengurusan telah memutuskan untuk menaikan harga Kopi Radix disebabkan oleh beberapa faktor kenaikan bahan mentah yang tidak stabil kebelakangan ini khususnya gula. Namun kenaikan ini hanya melibatkan di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan Sabah dan Serawak.

Berikut adalah Harga Pengedar Baru Semenanjung Malaysia (Harga Pengguna dan NM tidak berubah)

1. Kopi Radix kecil(15 sachet) Harga Pengedar RM 14.00
2. Kopi Jumbo (32 sachet) Harga Pengedar RM 28.00
3. Kopi Papan (20 sachet) Harga Pengedar RM 18.00

Tarikh kuat kuasa adalah 17hb Jun 2010
Semua pengurus zon dan pengurus cawanngan serta agen stok sila ambil perhatian.
Wasallam

Read more...

PJS Wahab Meninggal Dunia

Selasa, Jun 15, 2010

Salam, PJS Wahab B. Bakar telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11.30 malam tadi. Beliau dikatakan jatuh (rebah) setelah selesai menyampaikan ceramah di Kelas Mingguan HPA di Kangar, Perlis....Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT......Innalillah, AL-Fatihah.

Read more...

Taklimat Penerangan Dew Water Filter

Ahad, Jun 13, 2010

MEMO

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman semua Eksekutif Cawangan, Pejabat Operasi Zon Utara akan mengadakan Taklimat Penerangan Dew Water Filter pada 15 JUN 2010 ( SELASA ). Oleh itu pihak Operasi Zon Utara berharap setiap Cawangan, Kiosk dan HPA Halal Mart di Wajibkan menghantar seorang atau dua wakil bagi mengikuti taklimat kali ini. Taklimat ini adalah berkenaan pemahaman yang lebih jelas tentang teknikal serta cara pemasangan dan terutamanya penyelesaian masalah selepas jualan yang mungkin ada sepanjang penjualan produk berkenaan.

Maklumat adalah seperti berikut : .

Nama Kursus : Taklimat Penerangan Dew Water Filter
Tempat : Dewan Cawangan Sg. Petani
Tarikh/Hari : 15 JUN 2010 ( Selasa )
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang

Segala perhatian dan kerjasama daripada anda amatlah diharapkan serta didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

Read more...

PRA PBC TAIPING KALI KE-2

Jumaat, Jun 11, 2010

Read more...

KURSUS HALALAN TOYIBBAN MIBF

Seramai 41 orang lagi akan mengikuti Kursus Halalan Toyibban anjuran bersama MIBF di Sungai Petani pada 12 dan 13hb ini. Mereka semua adalah pengusaha yang sedang membesarkan peniagaan bersama HPA. InsyaAllah.

-petikan dari Fb Perubatan Jawi-

Read more...

KULIAH PERUBATAN JAWI SUNGAI PETANI

Khamis, Jun 10, 2010

Eman Manan bergambar bersama Staf cwgn Shahab Perdana di KPJ Shahab kelmarin
Makluman terkini Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) 10/6/2010 jam 8.30 malam di Dewan HPA Cawangan Sungai Petani, Kedah. Kuliah akan di isi oleh Tn. Hj. Zakaria. Turut hadir tetamu khas Eman Manan (pelakon).

Di jemput beramai2 menghadiri kuliah perubatan jawi kali ini kerana terdapat banyak ilmu2 baru tentang herba di samping berkongsi perkembangan semasa tentang HPA & umat islam seluruhnya.

Read more...

MAJLIS PERJUMPAAN STAF SUNGAI PETANI JUN 2010

Selasa, Jun 08, 2010

Merujuk perkara diatas, dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa majlis berkenaan akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh : 12 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Omar Mukhtar

Semua staf DIWAJIBKAN HADIR (kehadiran akan direkodkan) dan dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian.

Perhatian dan kerjasama semua pihak dan semua staf amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.

Read more...

PENJUALAN KAPSUL DEEP CLEANSING & SALMON OIL SOFTGEL

Pesanan melalui borang yang boleh didapati di cawangan

Borang penjualan produk melalui HCC boleh dimuaturun disini DOWNLOAD

Read more...

Penubuhan Kelab Pelapis PJS Malaysia

Isnin, Jun 07, 2010

Salam semua warga HPA
Setelah meleliti lapuran beberapa Kelab dan dengan restu Tuan Pengarah Urusan, maka AWM telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Pelapis PJS. Sehubungan dengan ini KPA akan memulakan majlis perasmian seperti berikut;

LOKASI: HOTEL DEPALMA AMPANG
JAM: 8.00 PAGI HINGGA 2.00 petang
TARIKH: 17 JUN 2010.

Syarat menyertai adalah seperti berikut:

i. PENGARAH JATI DAN KEATAS YANG BELUM MENCAPAI STATUS PJS.
ii. MENCAPAI BONUS KESELURUHAN RM 1000 DAN KEATAS.

Syarat lain akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Mulai sekarang semua bakal PJS wajib menyertai Kelab ini terlebih dahulu.
Keistimewaan kelab ini adalah berpeluang menyertai latihan dan program khusus dari HQ.
Yang lain akan di bincangkan dari masa ke semasa.

Di minta semua KPA, KPU, KPT, KPS dan KPB sila rekrut bakal pemimpin anda segera. Adakan mesyuarat segera bagi tujuan tersebut.

Read more...

Ranking Jualan Cawangan Zon Utara Bulan Mei 2010

  1. SHAHAB PERDANA
  2. SG.PETANI
  3. KEPALA BATAS
  4. BAYAN BARU, PENANG
  5. JITRA
  6. BANDAR LAGUNA
  7. SEBERANG JAYA
  8. KULIM
  9. TANDOP, ALOR STAR
  10. LANGKAWI
  11. BALING
  12. BKT.MERTAJAM
  13. GUAR CHEMPEDAK
  14. SIK
  15. SEBERANG PRAI
  16. PENDANG
  17. KOTA SARANG SEMUT
  18. KANGAR
  19. ARAU
  20. BALIK PULAU
  21. KANGAR 2
  22. CHANGLUN
  23. GERIK
  24. SIMPANG AMPAT
  25. MERBOK
  26. KUALA NERANG
  27. HALAL MART LAGENDA
  28. PENGKALAN HULU
  29. POKOK SENA
  30. HALAL MART MERGONG
  31. PDG BESAR
  32. KUALA KEDAH
  33. BESERI
  34. HALAL MART LANGGAR
  35. HALAL MART JEJAWI
  36. JEJAWI (MADI)
  37. SIMPANG 4
  38. KIOSK K. NERANG
  39. KIOSK RCH JELEMPOK
  40. KIOSK RCH ALOR SETAR
  41. KIOSK PULAU TUBA
  42. KIOSK TAHARAH DOBI

*Tahniah diucapkan kepada cawangan yang berada disenarai Top 10.
Semoga sale cawangan anda terus meningkat pada bulan hadapan.
Perbandingan pada ranking sebelumnya sila Klik

Sumber diperolehi dari Unit Audit Zon Utara

Read more...

Kursus Pengurusan Frozen Food Dan Pengendalian Tell Thru

Khamis, Jun 03, 2010

Seramai 38 org wakil dr setiap cawangan telah hadir ke kursus pengurusan frozen food dan tell thru yang berlangsung di Dewan HPA cawangan sg.petani...kursus ini dianjurkan oleh HPA Training PPU dengan kerjasama Pejabat Operasi Zon Utara.

Read more...

LARANGAN MELAYARI LAMAN WEB - HPA

Rabu, Jun 02, 2010

MEMO

Kepada:
Semua Staf,
Kumpulan Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd.

Tuan/Puan,

LARANGAN MELAYARI LAMAN WEB - HPA
Perkara diatas dirujuk.

Semua staf dilarang untuk melayari Laman Web HPA http://www.hpa.com.my kerana laman tersebut sedang dikuarantinkan setelah dijangkiti virus.

Segala  kerjasama dan prihatian pihak tuan/puan didahulukan dengan terima kasih.

Read more...

Kursus Pengurusan Frozen Food Dan Pengendalian Tell Thru

MEMO

Tuan / Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman semua Eksekutif Cawangan, Bahagian Latihan Pejabat Pengarah Urusan (PPU) dengan kerjasama Pejabat Operasi Zon Utara akan mengadakan kursus pengurusan frozen food dan pengendalian tell thru pada 04 JUN 2010 ( JUMAAT ). Oleh itu pihak Operasi Zon Utara berharap setiap Cawangan, Kiosk dan HPA Halal Mart di Wajibkan menghantar seorang wakil bagi mengikuti kursus ini. Kursus ini adalah berkenaan pemahaman kaedah-kaedah mengurus dan mengendalikan produk-produk sejuk beku terutamanya ayam dan aiskrim toyyibah.


Maklumat adalah seperti berikut :

Nama Kursus : Kursus Pengurusan Frozen Food Dan Pengendalian Tell Thru.
Tempat : Dewan Cawangan Sg. Petani
Tarikh/Hari : 04 JUN 2010 ( Jumaat )
Masa : 8.00 Pagi – 4.30 Petang


Segala perhatian dan kerjasama daripada anda amatlah diharapkan serta didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

Read more...

Perasmian Kilang Makanan Ternakan(Ayam) – HPA-KMT



29hb Mei 2010 - Perasmian Kilang Makanan Ternakan(Ayam) – HPA-KMT, Di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah pada jam 10.00 pagi tadi. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan doa selamat
dan ucapan dari Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd. Turut hadir PU2, PJS, ahli HPA dan Staf HPA.

Read more...

Pengikut

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox