Makluman semasa

Jumaat, April 30, 2010

Salam, berkuatkuasa pada tarikh 30 April 2010, mana2 cawangan yang beroperasi sehingga jam 7.00 malam diminta untuk menunggu sehingga lori tiba untuk membuat penerimaan stok pada hari tersebut walaupun selepas tutup operasi cawangan.

Sekiranya lori terlewat tiba di cawangan, staf cawangan perlu menghubungi pemandu lori untuk pengesahan. Setelah itu, pastikan stok diterima adalah mencukup dan tepat mengikut D.O yang dikeluarkan. Segala kerjasama dan tindakan anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Read more...

PENYELARASAN WAKTU OPERASI CAWANGAN POKOK SENA

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Operasi Zon Utara ingin memaklumkan terdapat perubahan waktu operasi di Cawangan Pokok Sena, Kedah seperti berikut:

Waktu sedia ada :  9.00 pagi - 9.00 malam

Waktu terkini :  9.00 pagi - 7.00 petang

Harap maklum.

Read more...

MAKLUMAN PRODUK BARU

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Al WAHIDA MARKETING SDN BHD akan memasarkan produk baru mulai sekarang. Produk tersebut dijual berdasarkan maklumat berikut:


KOD
NAMA PRODUK
NM
HARGA PENGEDAR
HARGA PENGGUNA
QH22
BALM BUT-BUT AROMATERAPI
2
RM 7.00
RM 8.50

Read more...

MAKLUMAN SEMASA

PERHATIAN KEPADA SEMUA CAWANGAN, MESIN FAX JAD 04-9763392 TELAH SIAP DIBAIKI DAN BOLEH DIGUNAKAN. SEKIAN HARAP MAKLUM.

Read more...

PENARIKAN HARGA STAF UNTUK BEBERAPA PRODUK TERTENTU SAHAJA

Khamis, April 29, 2010


Merujuk kepada tajuk diatas dan memo Penarikan Harga Staf yang bertarikh 28 April 2010.

Adalah dimaklumkan bahawa telah diputuskan, penarikan harga staf adalah untuk beberapa produk tertentu sahaja dan bukanya untuk semua produk sepertimana yang telah diberitahu sebelum ini.

Produk-produk yang akan ditarik semula harga staf ialah untuk produk Ayam, minuman berkarbonat dan Kopi Radix sahaja. Manakala untuk lain-lain produk pembelian boleh dilakukan dengan harga staf selagi mana tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Harap Maklum.



Read more...

PENGURUSAN GUDANG SUNGAI PETANI


Pihak Pengurusan Pusat Operasi Zon Utara ingin memaklumkan berkuatkuasa 26 April 2010 Pengurusan Gudang Sungai Petani adalah dibawah Pengurusan Pejabat Operasi Zon Utara. Harap Maklum.

Read more...

Pemberhentian Pelaburan Saham KoWahida

Adalah di maklumkan bahawa lembaga ALK KoWahida memutuskan untuk menghentikan penambahan pelaburan berkuatkuasa 7hb Mei 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ KoWahida di 04 9773813/14.Sekian, Wassalam

Read more...

MEMO PENARIKAN HARGA STAF

Rabu, April 28, 2010

Salam kepada semua cawangan di Zon Utara, merujuk kepada Memo Penarikan Harga Staf. Pihak Pengurusan Zon Utara ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa hari ini, semua pembelian produk dengan harga staf telah dibekukan. Sehubungan dengan itu pembelian Kopi Radix Staf jugak perlu diberhentikan serta merta. Harap maklum.
http://www.hpazonutara.com

Read more...

Jadual KPJ Mei

Ahad, April 25, 2010

Makluman terkini Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) 28/4/2010 kpj di dewan b-suite penang berhampiran caw. bayan baru.kuliah akan di isi oleh Ust. Hj. Ramly. 

Di jemput beramai2 menghadiri kuliah perubatan jawi kali ini kerana terdapat bnyk ilmu2 baru tentang herba di samping berkongsi perkembangan semasa tentang HPA & umat is...lam seluruhnya.sebarang perubahan tarikh & tempat akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Jadual KPJ Mei seperti berikut:

4/5/2010 KPJ Sungai Petani.

5/5/2010 KPJ Shahab Perdana.

Kedua2 kuliah ini akan di isi oleh PJM cikgu morad. 

8/5/2010 KPJ di kuah, langkawi.kuliah akan di isi oleh alfadhil ust. mohammad bin ibrahim.


Read more...

HEBAHAN KPJ PENANG

Sabtu, April 24, 2010


SUNGAI PETANI 23 APRIL - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di Pulau Pinang akan diadakan pada 28/04/2010 bertempat di dewan B-SUITE Penang berhampiran dengan Cawangan Bayan Baru Penang. Kuliah akan di isi oleh Alfadhil Hj. Ramly. Di jemput datang beramai-ramai  bagi memeriahkan perjumpaan bulanan warga HPA.
http://www.hpazonutara.com

Read more...

MAKLUMAN PERTUKARAN ALAMAT EMAIL PEMANTAU STOK


Salam kepada semua cawangan di Zon Utara. Makluman Pertukaran Alamat Email Pemantau Stok yang baru. Sukacita dimaklumkan bahawa semua Laporan Jualan dan Baki Stok perlu dihantar ke pemantaustok@hpazonutara.com berkuatkuasa hari ini. Memo akan dikeluarkan pada masa terdekat. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Wan Hasri ditalian 044482727.
http://www.hpazonutara.com

Read more...

BERITA TERKINI

Jumaat, April 23, 2010

KULIM 24 APRIL - Ibu kepada PJ Faezah Daud, pelajar herbalis 16 telah meninggal dunia jam 1.30 pagi tadi di rumahnya dekat Kulim. Sama-samalah kita berdoa agar arwah dirahmati ALLAH. Al-Fatihah...

Read more...

Nantikan kemunculan DVD Company Profile HPA dipasaran

Khamis, April 22, 2010

DVD PROFAIL SYARIKAT dijangka akan mula diedarkan ke pasaran MLM pada minggu akan datang. "kita bermula dari lable kertas fotostat dan pada masa itu pengedar HPA tetap meyakini kitalah yang terbaik ,sampai hari ini mereka terus mempertahankan sekadar apa yang kita mampu". Teruskan dengan DVD Profail yang canggih untuk menguasai dunia bisnis ini.

Nantikan kemunculan DVD Profail Syarikat HPA terbaru dipasaran MLM minggu hadapan...beli dapat mata. Satu ahli Satu DVD..teruskan perjuangan!

Read more...

TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA MARZUKI BAHARI

TUNJANG 22 APRIL - Takziah buat Marzuki Bahari yang meninggal dunia pagi tadi akibat masalah Apendik. Arwah merupakan staf HPA yang bekerja sebagai pemandu lori di gudang Tunjang.Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.w.t...Amin.Sama2lah kita menyedekahkan Al-Fatihah...

Read more...

Melaka Halal Hub (MHH)

Rabu, April 21, 2010

Melaka Halal Hub (MHH) merupakan satu kawasan Perindustrian yang pertama di buat secara berkelompok. Keluasan Kawasan Melaka Halal Hub (MHH) dianggarkan seluas 12.77 ekar dengan kos pembinaan bernilai RM 12 Juta dan terletak di Kawasan Perindustrian Serkam, Jasin, Melaka iaitu 2.3 Km daripada Lebuhraya Melaka – Muar (AMJ). Pelbagai produk - produk Halal yang dihasilkan oleh usahawan - usahawan tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa, antaranya makanan sejuk beku, Santan, Air mineral, roti canai, kuih - muih tempatan. Komponen Melaka Halal Hub (MHH) ini terdiri daripada 2 buah komponen iaitu komponen A : Sebuah Bangunan Anchor (Kompleks Kilang GMP 2 Tingkat), 13 unit Bangunan kilang Teres 1 1/2 Tingkat, dan Komponen B : 10 Unit Kedai Teres dan 34 unit Kilang Kembar. http://www.hpazonutara.com

 
Lagi mengenai Melaka Halal Hub sila klik disini

Read more...

Dinner With Raihan @ROC

Selasa, April 20, 2010

Makan Malam HPA Raihan diadakan pada 30hb April. Tiket masuk untuk orang dewasa hanya RM150 dan kanak-kanak RM100 sahaja, diskaun 10% untuk yang menempah meja. sila hubungi shah (0142489218) untuk tempahan dan maklumat lanjut, tempahan hanya dapat dibuat sehingga 27hb April sahaja..cepat, terhad untuk 100 orang sahaja.

Borang pengesahan kehadiran boleh di download disini.
Tentatif program boleh di download disini.

Read more...

KPJ di Shahab Perdana

Ahad, April 18, 2010


SHAHAB PERDANA 18 April - KPJ Shahab Perdana telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran pelajar lebih daripada 400 orang.Turut hadir GM Ust Adnan Fadzil, PJS Azizan, PPS Zaharah, PJS Salahuddin

Read more...

KPJ di Sungai Petani



17 April - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) berlangsung di dewan HPA Sg.Petani telah dihadiri lebih 300 orang. Turut hadir GM Puan Rashidah Abdul Rahim,PJS Azizan Presedin KPU, PJS Zaharah Mat Zin, PJS Razak, PJS Jamaliah, Dan Ahli HPA sekitar Sungai Petani.

Turut berlangsung semalam pengumuman & penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Gubahan menggunakan Sachet Kopi Radix.Tahniah diucapkan kpd semua pemenang.

Read more...

Ranking Jualan Cawangan Zon Utara bagi 1hb - 16hb April 2010

Sabtu, April 17, 2010

  1. SHAHAB PERDANA
  2. KEPALA BATAS
  3. SG.PETANI
  4. P.PINANG
  5. ALOR STAR,TANDOP
  6. KULIM
  7. BUKIT MERTAJAM
  8. LANGKAWI
  9. SEBERANG JAYA
  10. JITRA
  11. BALING
  12. PENDANG
  13. BANDAR LAGUNA
  14. KANGAR
  15. CHANGLUN
  16. GUAR CHEMPEDAK
  17. SEBERANG PRAI
  18. SIK
  19. KOTA SARANG SEMUT
  20. MERBOK
  21. BALIK PULAU
  22. KANGAR 2
  23. KUALA NERANG
  24. SIMPANG AMPAT
  25. ARAU
  26. GERIK
  27. SIMPANG 4
  28. POKOK SENA
  29. PENGKALAN HULU
  30. PDG BESAR
  31. KUALA KEDAH
  32. BESERI
  33. HALAL MART LAGENDA
  34. JEJAWI (MADI)
  35. KIOSK K. NERANG
  36. HALAL MART MERGONG
  37. HALAL MART JEJAWI
  38. HALAL MART LANGGAR

*Semoga sale cawangan anda terus meningkat
Sumber dari Bahagian Audit Pusat Operasi Zon Utara
Perbandingan pada ranking sebelumnya sila rujuk disini Download

Read more...

HPA Halal Mart Langgar - Outlet ke 153

Jumaat, April 16, 2010



16 APRIL 2010 - HPA Halal Mart Langgar telah dirasmikan oleh GM Al Wahida Marketing En Mohammad Faisol Rahman. Turut dihadiri PJS Syed Salahuddin Syed Mahayadin, GM Rashidah Abdul Rahim, AGM Muhammad Hafidz Ismail . Outlet Halal Mart ke 153.

Read more...

HPA Halal Mart Jejawi – Outlet ke 152



15 APRIL 2010 - Perasmian HPA Halal Mart Jejawi telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad Pengasas Perubatan Jawi. Outlet Halal Mart ini terletak berhadapan dengan  JPJ Arau, Jln Jejawi Sematang Arau Perlis. Turut hadir memeriahkan majlis ialah GM Pn Rashidah Abdul Rahim, AGM Muhammad Hafidz Ismail, PJS Syed Ageel Al Haddad dan Pengurusan HPA serta ahli HPA sekitar Arau Perlis.

Read more...

BERITA SEMASA HPA

Khamis, April 15, 2010

Melaka Halal Hub 15 APRIL -  Di RTM Selamat Pagi Malaysia pada esok 16/4/2010 (Jumaat) dari pukul 8.30pg hingga 9.00pg. Tetamu YB DATUK HJ MD YUNOS BIN HUSIN: ADUN KAWASAN AYER MOLEK, PENGERUSI JAWATANKUASA NEGERI PERINDUSTRIAN,PERDAGANGAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN,DAN KOPERASI MELAKA

Read more...

JADUAL KPJ BULAN APRIL DI ZON UTARA

Rabu, April 14, 2010

Jadual Kuliah Perubatan Jawi seperti berikut:-

17 April - Sungai Petani Kedah

18 April - Shahab Perdana, Alor Setar Kedah

19 April - Kompleks Al Wahida (HQ), Jejawi Perlis

28 April - Pulau Pinang



*Kuliah disampaikan oleh Tn Hj Ismail Ahmad bermula jam 8 malam. Semua ahli HPA dijemput hadir.

Read more...

HPA Auto Services kini di Perlis

Selasa, April 13, 2010

HPA Auto Service di Perlis kini telah mula beroperasi di alamat No 27, Jalan Pertiwi, Taman Pertiwi, Seriab, 01000 Kangar Perlis.

Mekanik 1: En.Kamal 017 592 5509
Mekanik 2 : Hasib 019 548 9073

Read more...

HALAL MART LANGGAR, KEDAH KINI BEROPERASI

Isnin, April 12, 2010

HPA Halal Mart Langgar, Kedah kini beroperasi di alamat - No. 7 Taman Amira Batu 5 Jalan langgar 05460 Alor Setar Kedah Darul Aman.

Perasmian akan berlangsung pada 16hb April 2010.Semua ahli dan warga HPA dijemput hadir.

Read more...

Ranking Jualan Cawangan Zon Utara bagi bulan April 2010 *(1hb - 11hb)

Ahad, April 11, 2010

  1. SHAHAB PERDANA
  2. SG.PETANI
  3. KEPALA BATAS
  4. BAYAN BARU, PENANG
  5. ALOR STAR,TANDOP
  6. SEBERANG JAYA
  7. BKT.MERTAJAM
  8. LANGKAWI
  9. JITRA
  10. KULIM
  11. BALING
  12. PENDANG
  13. KANGAR
  14. BANDAR LAGUNA
  15. CHANGLUN
  16. SEBERANG PRAI
  17. GUAR CHEMPEDAK
  18. SIK
  19. KANGAR 2
  20. MERBOK
  21. BALIK PULAU
  22. KOTA SARANG SEMUT
  23. SIMPANG AMPAT, PENANG
  24. KUALA NERANG
  25. ARAU
  26. GERIK
  27. SIMPANG EMPAT,PERLIS
  28. PADANG BESAR
  29. PENGKALAN HULU
  30. POKOK SENA
  31. KUALA KEDAH
  32. BESERI
  33. HALAL MART LAGENDA
  34. KIOSK KUALA NERANG
  35. JEJAWI (MADI)
  36. HALAL MART MERGONG
  37. HALAL MART JEJAWI

*Kumulatif jualan dari 1hb hingga 11hb April
Perbandingan pada bulan Mac sila rujuk disini Download

Read more...

MESYUARAT KOWAHIDA DI ZON UTARA

Mesyuarat KOWAHIDA Zon Utara telah berlangsung pada 11 APRIL 2010 di Dewan Umar Mukhtar, RFC Sungai Petani. Seramai 500 ahli sekitar Zon Utara hadir. Mesyuarat tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan SKM Cawangan Perlis, Mior Shaarudin.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan agar ahli-ahli KOWAHIDA dapat menjaga koperasi ini dengan baik kerana KOWAHIDA merupakan sebuah koperasi yang terbesar di Perlis. Perkembangan KOWAHIDA ini juga menampakkan bahawa ia bakal muncul sebagai koperasi terbaik Malaysia. Sehingga kini ahli KOWAHIDA mencecah 9000 orang dan modal syernya berjumlah RM21 juta.

Read more...

PENGAMBILAN PELAJAR HPA-MANHAL

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :

1. 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
2. 2. DIPLOMA USULUDDIN
3. 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT

Read more...

Tarikh tutup pendaftaran kursus PTB April

Khamis, April 08, 2010

Tarikh tutup pendaftaran kursus PTB April adalah pada 10hb ini. Kursus akan berlangsung pada 12 - 14 april 2010 di Jejawi Perlis. Yuran rm200 termasuk makan & penginapan iklan & borang pendaftaran kursus PTB di www.hpamall.com atau hubungi sdr hasri 017 558 2243 atau sdr hazwan 012 531 1460

Read more...

HALAL MART DI ZON UTARA

Halal Mart baru yang akan dibuka di Zon Utara :-

  1. Halal Mart Jejawi - No 26 Jalan Jejawi Sematang, Taman utara Jejawi 02600 Arau Perlis. Tel : 04-9770992.
  2. Halal Mart Langgar - N0. 7 Taman Amira Batu 5 Jalan langgar 05460 Alor Setar Kedah Darul Aman.
  3. Halal Mart Mergong - No 255 Ground Floor, Kompleks Perniagaan Utama, Mergong Jaya 06250 Alor Setar. Tel : 04-7352251.
  4. Halal Mart Kulim - No 6, Jalan KLC satu (1), Kulim Landmark Central 09000 Kulim Kedah.
  5. HPA Cawangan Serdang - Lot 52 Jalan Raya 09800 Serdang Kedah Darul Aman.
  6. Halal Mart Tunjang - No 1, Taman Sri Nyior 06000 Jalan Jitra, Kodiang Kedah.

Read more...

HPA HALAL MART JEJAWI 2 KINI DIBUKA

Rabu, April 07, 2010

PERASMIAN HALAL MART HPA DI JEJAWI, PERLIS DAN LANGGAR, KEDAH

HPA melebarkan sayapnya di Zon Utara dengan pembukaan Halal Mart di dua lokasi yang berbeza iaitu Jejawi (berhadapan JPJ), Perlis manakala satu lagi di Langgar, Kedah.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad pada 15/4/2010 ( khamis ) Jejawi, manakala Langgar pada 16/4/2010. Bermula jam 8.00 malam Bacaan Surah Yassin dan Solat Isyak Berjamaah. Seterusnya majlis perasmian ucapan oleh wakil zon, wakil kpu , dan ucapan perasmian oleh PU 1 HPA

Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA dijemput hadir.

Read more...

MEMO PRODUK TERBARU

Selasa, April 06, 2010

Read more...

Peningkatan Penjualan Zon

Ahad, April 04, 2010

Penjualan di Zon Timur dan Zon Utara kini sama setanding. Peningkatan jualan harian melebihi RM145k sering beriringan dan pembukaan cawangan-cawangan baru di Utara nampaknya lebih pesat dibandingkan Zon Timur. Namun bagitu prestasi jualan cawangan setempat pula menampakan Zon Pantai Timur lebih menyerlah. Dikira daripada jumlah PBC pula mendapati sama-sama rancak dengan kepimpinan yang kebanyakanya menjurus kepada penghayatan ugama. 

Read more...

Penangguhan Majlis Tanda Tangan Persetujuan Pembelian Menara HPA

Makluman: Penangguhan Majlis Tanda Tangan Pembelian Menara HPA ke tarikh lain yang akan di beri maklum kemudian

KPJ Kuala Lumpur bersama PU HPA di KLIH pada 6hb April 2010, jam 8.30 malam berjalan spt jadual

Kami Pengurusan HPA memohon maaf segala kesulitan yang timbul.

Wasalam

sumber dipetik dari http://hpa.com.my/

Read more...

TEMUDUGA TERBUKA

Jumaat, April 02, 2010

TARIKH: 5 APRIL 2010
TEMPAT: Pejabat Operasi Zon Utara
MASA: 10.00 Pagi hingga 3.00 Petang

Read more...

Majlis Tandatangan Persetujuan Pembelian Menara HPA Di Shah Alam

Khamis, April 01, 2010

Majlis paling bersejarah buat warga HPA. Majlis tandatangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam, berharga RM60 Juta.

TARIKH:
28hb April 2010
MASA:
11.00 pagi - 1.00 ptg
LOKASI:
Menara HPA Lot 1065 & 1066 Phase 19 No 7 Persiaran Sukan Laman Seri Business Park Seksyen 13 Shah Alam, Malaysia

Read more...

Pengikut

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox