ANAK PJS MOHD. NADZRI AHMAD DAN PJS NOORMAH ZAINOL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Rabu, November 10, 2010

10 November 2010 (Rabu) - Anak PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol yang ke - 9 daripada 10 orang adik beradik, Muhammad Adi Aqwa Bin Mohd. Nadzri yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi akibat terlibat dengan kemalangan motosikal yang dipandu olehnya semasa beliau ingin menuju ke sekolah. Akibat rempuhan kuat dikepala beliau rebah dan meninggal di tempat kejadian.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Petani sebelum dibawa balik ke rumah keluarganya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 1.30 petang, jenazah beliau telah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Al Barokah di Tikam Batu untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Pejabat Operasi Zon Utara (AWM) mengucapkan takziah kepada keluarga PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol atas kehilangan anak mereka yang dikasihi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa taala. AL FATIHAH.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox