PENGAMBILAN PELAJAR HPA-MANHAL

Ahad, April 11, 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :

1. 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
2. 2. DIPLOMA USULUDDIN
3. 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT

Syarat Kelayakan :

1. Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;

* Pendidikan Islam
* Tasawwur Islam
* Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
* Pendidikan Syariah Islamiah
* Bahasa Arab Komunikasi, ATAU

1. Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :

* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
* Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
* Sijil Empat Thanawiy, atau
* Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
* Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.

Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati di mana-mana cawangan HPA atau muat turun borang secara online disini.

Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :

BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR

Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)

No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah

Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox