MESYUARAT KOWAHIDA DI ZON UTARA

Ahad, April 11, 2010

Mesyuarat KOWAHIDA Zon Utara telah berlangsung pada 11 APRIL 2010 di Dewan Umar Mukhtar, RFC Sungai Petani. Seramai 500 ahli sekitar Zon Utara hadir. Mesyuarat tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan SKM Cawangan Perlis, Mior Shaarudin.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan agar ahli-ahli KOWAHIDA dapat menjaga koperasi ini dengan baik kerana KOWAHIDA merupakan sebuah koperasi yang terbesar di Perlis. Perkembangan KOWAHIDA ini juga menampakkan bahawa ia bakal muncul sebagai koperasi terbaik Malaysia. Sehingga kini ahli KOWAHIDA mencecah 9000 orang dan modal syernya berjumlah RM21 juta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox