GEMPUR SIJIL HERBALIS KE 18

Rabu, Mac 10, 2010

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ILAHI di atas keberkatan perniagaan HALAL TOYYIBAN ini yang semakin mendapat perhatian pengguna Muslim mahupun Non Muslim.

Kepada semua Alumni Herbalis KPJ,pada 11 Mac kita akan menerima kehadiran 62 orang lagi ahli keluarga baru yang akan mempelajari Perubatan Jawi berasaskan Perubatan Thibbun Nabawi di dalam Sijil Herbalis ke 18. Peserta kita kali ini terdiri daripada doktor Perubatan,Imam Besar Masjid Yala, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta,pelajar Universiti,Da'i Nuu War(Irian Jaya) dan ramai lagi.

Sehingga tarikh ini kita masih menerima penyertaan yang diluar jangkaan sehingga pihak kami terpaksa menolak beberapa permohonan. Pihak kami merakamkan jutaan kemaafan kepada ahli-ahli kita yang tidak dapat menyertai keluarga besar kita pada sesi kali ini kerana bilangan telah melebihi 22 penyertaan daripada had penyertaan yang diterima. Pihak kami terpaksa menghentikan penyertaan demi untuk memastikan semua peserta yang telah mendaftar selesa dan dapat menjalani pembelajaran perubatan dengan baik.

InsyaALLAH pihak kami akan menganjurkan Sijil Herbalis ke 19 dalam masa terdekat untuk menampung permintaan ahli-ahli kita. Anda boleh mengikuti kelas-kelas herbalis secara online di dalam laman web utama syarikat www.hpa.com.my yang pastinya mengandungi input-input terbaru dan terkini daripada Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad dan juga semua pengajar Jemputan yang lain.

Program kita juga akan diisi oleh PJS Sharifah binti Sulaiman,PJS Azizan Bin Ahmad, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadhil, Dr Zaidul Akhbar,Dr Seri Septriyani,Dr Savitri Amril, Ustaz Irham Affendi Bachtiar,Pak Tata Saputra dan ramai lagi pensyarah jemputan yang lain.
Tidak dilupakan ,Pensyarah Utama kita adalah Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang akan meluangkan masa dengan peserta untuk sesi diskusi mahupun kelas.

Semoga ALLAH membukakan seluas-luas lembaran ilmu untuk semua peserta dan bersama-sama memikul panji "Merealisasikan Thibbun Nabawi".Amin

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Blog Archive

Copyright @ 2012 Pusat Operasi Zon Utara
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,02600 Arau, Perlis Malaysia.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox